Saturday 19 January 2013

Ketika Akal dan Hati Bicara Cinta


Di sebuah tempat, seorang hamba ditengah kesunyian alam, akal dan hati berdiskusi berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam…
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam…
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sehat, MUNGKIN.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku…
Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang HAKIKI, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku gelisah. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, bukankah cinta kepadaNya kan yang lebih utama?
Hati : Tapi… Aku benar-benar mencintai dia. Aku benar-benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Dan Aku mau mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa begitu?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik mengingat dia. Apa yang dikata jangan, sebisa mungkin kita akan menghindarinya. Apa yang diminta, sebisa mungkin kita mengusahakannya. Bila ada yang lain mendekati, bergolak rasa cemburu. Apakah kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa itu ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi…
Hati : Jadi… Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau telah mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana ketika kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu merasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk…
Akal : Bagaimana mungkin kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah akan memberi hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran kesejukan dan penyesalan terasa semakin deras mengalir ke kepala sang hati…
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mau kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
suasana semakin hening
Hati mulai menangis… Sepi… Kesal..
SEMOGA KITA BISA MENGAMBIL PELAJARAN DAN HIKMAH DARI KISAH DI ATAS

Repost dari blog http://genbizone.wordpress.com/2011/01/06/ketika-hati-dan-akal-bicara-cinta/

No comments:

Post a Comment